Pelaksanaan aplikasi S Pay Global sejak November 2017 adalah satu langkah signifikan dalam usaha mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa tunai selaras dengan transformasi ekonomi digital Sarawak. Inisiatif berkenaan diyakini dapat memperkukuh momentum dalam memperkasa ekonomi komuniti setempat serta memperluas penguasaan dalam landskap ekonomi digital yang kian berkembang.



