Tuesday, August 18, 2026
32.1 C
Kuching
spot_img
Meneroka Ekonomi Kitaran Melalui Penternakan Lestari di Sarawak

Meneroka Ekonomi Kitaran Melalui Penternakan Lestari di Sarawak

Meneroka Ekonomi Kitaran Melalui Penternakan Lestari di Sarawak

Di tengah-tengah kehijauan Bintulu, konsep ekonomi kitaran bukan sekadar istilah akademik, tetapi realiti yang diterapkan dalam kehidupan seharian para penternak tempatan.

Dengan tekanan kos pemakanan ternakan yang semakin meningkat dan keperluan untuk mengurangkan pembaziran, pendekatan lestari kini menjadi nadi untuk memastikan sektor penternakan terus berdaya maju.

Dr. Siong Jing Jing, Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) Bahagian Bintulu, menjelaskan bahawa sistem pengurusan sisa ternakan merupakan langkah awal yang penting dalam ekonomi kitaran.

Dr. Siong Jing Jing ketika ditemu bual SarawakImpact/RAKAN Sarawak

Pengurusan tinja ternakan, jika dilakukan dengan teliti, bukan sahaja menepati konsep ekonomi kitaran dengan menjadikannya sumber baja organik, malah turut mengurangkan risiko penyakit seperti kekacingan.

Tambah beliau, sistem pengurusan sisa ini, walaupun kelihatan mudah, sebenarnya ia memerlukan ketelitian dan perancangan yang rapi.

Contohnya, kulit ternakan kurang mendapat permintaan kerana cara pemakanan masyarakat tempatan yang melibatkan kulit, manakala cuaca panas dan lembap Sarawak tidak sesuai untuk membiak bebiri atau kambing dengan bulu lebat yang berkualiti tinggi.

Oleh itu, inovasi dan adaptasi menjadi kunci bagi penternak untuk mengekalkan nilai ekonomi produk mereka.

Salah satu inisiatif berimpak tinggi ialah Program Pawah JPVS di mana program ini membolehkan penternak mengintegrasikan ternakan mereka dengan ladang kelapa sawit.

Dr. Siong menjelaskan, sebanyak 50% penternak ruminan besar mengamalkan sistem integrasi di ladang kelapa sawit.

Lembu membantu mengawal rumpai, mengurangkan kos racun, dan sisa mereka menjadi baja yang menyuburkan tanah.

Sistem ini bukan sahaja mengurangkan kos input, tetapi menjadikan setiap unsur dalam ladang mempunyai nilai ekonomi yang boleh dikitar semula.

Program pawah juga melibatkan ruminan kecil, di mana tinja dan sisa ternakan digunakan sebagai baja untuk sayur-sayuran dan rumput.

Pendekatan ini menekankan pemulihan nutrien di padang ragut seperti diamalkan oleh Smart Marvel Farm di Bintulu yang menggunakan sisa ternakan untuk menyuburkan padang ragut mereka bagi memastikan tanah sentiasa kaya dengan nutrien.

Namun, pengurusan pergerakan ternakan dan tanah perlu ditingkatkan untuk mengelakkan penyebaran penyakit.

Selain itu, penggunaan input tempatan semakin menjadi amalan biasa dalam penternakan lestari, misalnya sisa pertanian seperti mulong, rabong, sago, batang jagung, daun ubi kayu, dan ampas kernel sawit (PKE) kini dijadikan alternatif pemakanan ternakan, menggantikan kacang soya dan jagung import yang semakin mahal.

Dengan bekalan yang konsisten, sumber-sumber tempatan ini bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi juga meningkatkan kemandirian penternak dalam jangka panjang.

Pemanfaatan produk sampingan juga menjadi elemen penting dalam ekonomi kitaran di mana Dr. Siong menekankan bahawa walaupun JPVS tidak mengawal harga pasaran, pengurusan sisa ternakan yang efektif mampu menghasilkan produk seperti baja organik dan biogas, yang memberi nilai tambah kepada ladang.

Contohnya, kompos daripada sisa makanan dan tinja bukan sahaja menyuburkan tanah, malah biogas yang dihasilkan boleh ditukar menjadi tenaga elektrik melalui teknologi moden.

Kisah Jonas Ting, seorang anak muda dari Bintulu, menjadi contoh nyata bagaimana konsep ini diaplikasikan dalam penternakan arnab.

Ladang Jonas, yang diasaskan oleh keluarganya lebih lapan tahun lalu, kini menempatkan hampir 3,000 ekor arnab dari baka New Zealand White, California, dan Chinchilla dimana setiap sesi memberi makan memerlukan kira-kira 80-kilogram makanan, yang dihasilkan di kilang mereka sendiri.

Program Pawah JPVS membolehkan penternak mengintegrasikan ternakan mereka dengan ladang kelapa sawit

Jagung, soya, gandum, dan PKE dicampur menjadi pelet dengan premix khas, memastikan kualiti ternakan terjaga.

Menariknya, ladang Jonas turut mengamalkan pengurusan sisa secara menyeluruh di mana tinja arnab dikeringkan dan dijual sebagai baja organik pada harga RM15 seguni, manakala tinja lembap digunakan untuk menyuburkan rumput.

Tinja arnab dikeringkan kemudian dijual sebagai baja organik pada harga RM15 seguni

Dalam sebulan, ladang ini mampu menjual sekurang-kurangnya 100 guni baja kepada pelanggan tempatan.

Sisa lain turut diproses menjadi baja berkualiti tinggi untuk syarikat tempatan, menjadikan sumber pendapatan ladang lebih pelbagai dan lestari.

Selain menjual baja, ladang Jonas juga memasarkan daging arnab segar dengan setiap arnab berumur empat bulan dijual, dengan harga sekitar RM63 sekilogram untuk isi bersih.

Dengan pendekatan ekonomi kitaran, setiap komponen ladang, bermula dari makanan, sisa ternakan, hingga tenaga mempunyai nilai ekonomi yang dioptimumkan.

Jonas juga sedang membangunkan sistem “close house” untuk pembiakan serta berhasrat untuk memperkenalkan sistem automasi dalam sistem makanan pada masa akan datang bagi meningkatkan kecekapan tenaga kerja dan mengurangkan kos operasi jangka panjang.

Dr. Siong menekankan bahawa, kejayaan penternakan lestari bukan sekadar mengenai menjaga haiwan, tetapi bagaimana sistem itu disusun agar berfungsi secara bersepadu.

Kesedaran, intelek, dan modal yang mencukupi diperlukan untuk memastikan penternak mendapat manfaat penuh daripada sisa dan produk mereka, katanya.

Di Sarawak, kisah Jonas dan inisiatif penternak lain menunjukkan bahawa ekonomi kitaran bukan sekadar teori.

Dengan pengurusan yang bijak, penggunaan sumber tempatan, dan inovasi teknologi hijau, penternakan lestari mampu meningkatkan pendapatan, menjimatkan kos, dan memelihara alam sekitar.

Penternakan lestari di Sarawak membuktikan bahawa melalui penggunaan sumber tempatan, ekonomi kitaran dapat dijayakan, menjimatkan kos serta memelihara alam sekitar

Ia juga membuktikan bahawa generasi muda mampu menjadi pelopor dalam menjayakan ekonomi kitaran, memastikan sektor pertanian dan ternakan bukan sahaja bertahan, tetapi berkembang dalam era moden yang mencabar ini.

Kesimpulannya,penternakan lestari di Sarawak memperlihatkan bahawa integrasi konsep ekonomi kitaran mampu menjadikan ladang bukan sekadar sumber makanan, tetapi pusat inovasi dan nilai ekonomi berterusan.

Dari pengurusan sisa hingga pemanfaatan produk sampingan, setiap langkah boleh menambah nilai kepada komuniti dan ekonomi tempatan.

Kisah Jonas Ting adalah bukti bahawa generasi muda mampu memimpin transformasi sektor ini, memastikan Sarawak berada di hadapan dalam amalan pertanian dan ternakan yang mampan dan berdaya saing.

Hot this week

Sarawak’s Perennial Rice Breakthrough: Cultivating Malaysia’s Next Agri-Investment Frontier

Malaysia imports over a billion dollars in rice annually, with self-sufficiency stuck near 52%. Sarawak produces only 21% of its needs. Perennial rice offers an import-substitution opportunity, converting chronic undersupply into domestic production and capturing revenue currently lost to imports.

Sarawak Water Infrastructure Attracts Global Sustainable Investment Opportunities

Premier Sarawak’s visionary RM10 billion water infrastructure commitment, strategically aligned with Sustainable Development Goal 6 and core ESG principles, creates compelling foreign and domestic direct investment opportunities within Sarawak's integrated water-energy-human capital development framework for inclusive, sustainable economic growth.

Sarawak’s Next Frontier for Strategic Investment and Sustainable Growth

Sarawak is rapidly advancing its economic vision through strategic investments, renewable hydropower, and targeted human capital development. Major infrastructure initiatives along the Rajang River empower local communities, ensuring sustainable growth and significantly boosting overall regional economic competitiveness for the state.

Muzium Warisan Industri Limbungan Brooke Kekal Reka Bentuk Asal

Salah satu ruang rehat di Muzium Warisan Industri Limbungan...

Invest Sarawak Hybrid AI, Preserve Culture, Build Wealth

Sarawak offers visionary investors a lucrative blue ocean via hybrid AI, merging ancient traditions with digital aspirations. Government grants actively de-risk early entry. Funding low-bandwidth retail, tourism, and agri-tech solutions preserves the authenticity while unlocking scalable, generational Bornean economic wealth.

Topics

Mercu Tanda Pusat Kejuruteraan Pertama di Kuching

Replika Kapal HHY Zahora merupakan tarikan utama di Brooke...

Powered by Renewables, Engineered for Profits: Samalaju’s Zero-Carbon Industrial Frontier

Samalaju Industrial Park offers investors a renewable-powered, circular economy hub converting waste into biofuels, metals, and SAF. With RM51.6 billion committed and strong state policy backing, it's a de-risked first-mover opportunity to lead ASEAN's green industrial transition, creating a scalable blueprint.

Ruby : Simbol Pemuliharaan Semenggoh

Ruby, seekor orang utan betina sedang bergayut sambil menggendong...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img