Wednesday, December 17, 2025
31.1 C
Kuching

Usaha Anak Muda Bintulu Mengekalkan Legasi Keluarga

Penternakan moden berasaskan konsep kitaran ekonomi semakin mendapat perhatian dalam kalangan belia Sarawak.

Di Bintulu, seorang anak muda, Jonas Ting, 25 tahun, membuktikan bahawa usaha gigih dan inovasi boleh menjadikan perusahaan keluarga bukan sahaja terus bertahan, malah berkembang menjadi sumber ekonomi yang lestari dan bernilai tambah.

Semasa temu bual bersama Sarawak Impact/RAKAN Sarawak, Jonas berkongsi perjalanan penternakan arnab keluarganya iaitu Borneo Rabbit Farm yang terletak di Sungai Setiam.

Menurut Jonas, usaha itu bermula lebih lapan tahun lalu hasil inisiatif ibunya, Puan Lee Song Cheng, yang memulakan penternakan secara kecil-kecilan dengan sokongan suami, Encik Ting Nik Sing, dan seluruh keluarga.

Jonas mengimbas kembali permulaan usaha keluarganya dengan penuh penghargaan, berkata bahawa semuanya bermula daripada hasrat ibunya yang ingin menternak arnab selain dorongan yang kemudian menjadi titik mula kepada perjalanan mereka sekeluarga dalam bidang penternakan.

Ketika ditemu bual Sarawak Impak/RAKAN Sarawak, Jonas Ting berkata beliau ingin meneruskan legasi keluarganya dalam penternakan arnab

Dengan sokongan penuh ahli keluarga, mereka membina ladang itu sedikit demi sedikit bermula daripada sebuah usaha kecil, kini berkembang menjadi ladang arnab yang tersusun dan berdaya maju.

Walaupun berlatar belakang pendidikan dalam bidang kejuruteraan, Jonas membuat keputusan untuk tidak mencari pekerjaan di bidang asalnya.

Sebaliknya, beliau memilih untuk meneruskan legasi keluarga kerana minat mendalam terhadap penternakan dan keazaman untuk menjadikan perniagaan ini lebih sistematik serta berdaya saing.

Bagi Jonas, ilmu kejuruteraan yang dimiliki banyak membantu dalam menambah baik operasi ladang, khususnya dalam aspek automasi dan kecekapan tenaga.

Ladang arnab mereka yang seluas 24 kaki lebar dan 250 kaki panjang itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk sistem makanan, tangki air, bekalan tenaga solar, dan kamera litar tertutup (CCTV) dengan keseluruhan nilai pelaburan dianggarkan sekitar RM180,000.

Namun, kekangan utama yang dihadapi ialah ketiadaan bekalan elektrik, justeru tenaga solar dijadikan sumber utama untuk memastikan operasi ladang terus berjalan.

Walaupun berdepan cabaran tersebut, Jonas tetap berusaha memodenkan pengurusan ladang dengan menggunakan pendekatan kos efektif, termasuk memproses sendiri makanan arnab.

Harga satu guni baja Arnab seberat 25kg dijual pada harga RM75

Beliau menjelaskan bahawa sebelum ini mereka menggunakan rumput napier, tetapi kini beralih kepada formulasi makanan yang lebih efisien.

Makanan arnab diproses di kilang kecil mereka sendiri dengan campuran bahan seperti jagung, soya, gandum, PKE (Palm Kernel Expeller) dan bahan premix khas.

Makanan arnab diproses sendiri dengan campuran bahan seperti jagung, soya, gandum, PKE dan bahan premix khas

Proses itu melibatkan penggunaan mesin untuk membentuk pelet dan sistem penyejukan sebelum disimpan untuk kegunaan harian.

Menurut Jonas, keputusan untuk memproses sendiri makanan arnab bukan sekadar langkah penjimatan, tetapi juga jaminan terhadap kualiti ternakan mereka.

Beliau menegaskan bahawa dengan mengurus sendiri penghasilan makanan, mereka dapat mengawal sepenuhnya bahan yang digunakan dan memastikan setiap campuran menepati keperluan arnab di ladang.

Kini, ladang keluarga Ting menempatkan hampir 3,000 ekor arnab daripada baka New Zealand White, California dan Chinchilla, yang diberi makan dua kali sehari pada sekitar jam 7 pagi dan 4 petang, dengan setiap sesi memerlukan kira-kira 80-kilogram makanan.

Menariknya, ladang ini turut mempraktikkan kitaran ekonomi sepenuhnya melalui pengurusan sisa arnab.

Najis arnab yang kering dikumpul dan dijual sebagai baja organik pada harga RM15 seguni, manakala najis yang lembap digunakan untuk menyuburkan rumput napier, dengan ladang ini mampu menjual sekurang-kurangnya 100 guni baja tahi arnab setiap bulan.

Selain itu, sebahagian daripada hasil sisa najis turut diproses menjadi baja arnab berkualiti tinggi yang dijual kepada syarikat tempatan seperti TBS Agromill Sdn. Bhd.

Mereka turut memproses baja ayam untuk dijual kepada syarikat sama, menjadikan sumber pendapatan ladang ini lebih pelbagai.

Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan kos operasi, malah membantu mewujudkan sistem perniagaan yang mampan.

Dengan menggunakan kembali sisa ternakan sebagai bahan bernilai, Jonas dan keluarganya berjaya mengurangkan pembaziran serta menjadikan ladang arnab ini contoh kecil pelaksanaan ekonomi kitaran di peringkat komuniti luar bandar.

Keluarga Jonas turut mengusahakan ternakan kambing sejak tahun 2024

Selain menjual baja, ladang ini turut memasarkan produk utama mereka iaitu daging arnab segar dengan harga sekitar RM63 sekilogram bagi isi bersih dan RM35 sekilogram bagi arnab hidup bersaiz besar.

Arnab yang berumur empat bulan biasanya sudah sesuai untuk dijual kerana tekstur dagingnya lebih matang dan berkualiti.

Melangkah ke hadapan, Jonas sedang membangunkan sistem “close house” bagi tujuan pembiakan (breeding), selain berhasrat untuk memperkenalkan automasi dalam sistem makanan (auto feeding) apabila bekalan elektrik disambungkan ke kawasan tersebut.

Langkah ini diyakininya dapat meningkatkan kecekapan tenaga kerja dan mengurangkan kos jangka panjang.

Bagi Jonas, penternakan arnab bukan sekadar tentang menjaga haiwan dan menjual hasilnya, tetapi mengenai bagaimana keseluruhan sistem itu dapat berfungsi secara lestari dan berdaya maju.

Beliau melihat setiap komponen dalam kitaran penternakan, bermula daripada makanan, sisa buangan, hinggalah kepada tenaga, mempunyai nilai ekonomi yang boleh dimanfaatkan semula.

Kisah Jonas Ting ini menggambarkan keazaman generasi muda dalam memodenkan sektor penternakan di Sarawak.

Melalui inovasi dan semangat untuk meneruskan legasi keluarga, beliau bukan sahaja menghidupkan kembali potensi ekonomi luar bandar, malah membuktikan bahawa belia mampu menjadi pelopor dalam menjayakan ekonomi kitaran yang lestari untuk masa depan negeri.

Hot this week

Pertanian Priva

Inovasi pertanian kini semakin memudahkan pengendalian dan pengurusan tanaman...

Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030

Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 menyaksikan komitmen Sarawak untuk...

Belanjawan 2026

Belanjawan 2026 memperkenalkan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak masak...

Sistem Teknologi Solar NEM

Pemasangan sistem  teknologi solar di bumbung rumah atau bangunan...

Berani Berinovasi Rahsia Kejayaan

Inovasi dalam penghasilan produk makanan bukan sahaja menawarkan lebih pilihan unik kepada pembeli tetapi menyesuaikan produk berdasarkan citarasa setempat seperti penghasilan serbuk belacan pencecah buah dan produk kerepek Sukun. Inilah kekuatan yang terdapat pada produk Pelangi Dy Resources yang mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Topics

Pertanian Priva

Inovasi pertanian kini semakin memudahkan pengendalian dan pengurusan tanaman...

Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030

Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 menyaksikan komitmen Sarawak untuk...

Belanjawan 2026

Belanjawan 2026 memperkenalkan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak masak...

Sistem Teknologi Solar NEM

Pemasangan sistem  teknologi solar di bumbung rumah atau bangunan...

Berani Berinovasi Rahsia Kejayaan

Inovasi dalam penghasilan produk makanan bukan sahaja menawarkan lebih pilihan unik kepada pembeli tetapi menyesuaikan produk berdasarkan citarasa setempat seperti penghasilan serbuk belacan pencecah buah dan produk kerepek Sukun. Inilah kekuatan yang terdapat pada produk Pelangi Dy Resources yang mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Infrastruktur Pendidikan Memacu Kemahiran Masa Depan

CENTEXS Mukah Infrastruktur Pendidikan Memacu Kemahiran Masa Depan CENTEXS Mukah...

Turning Sarawak’s GaN Milestone Into A Thriving Industry

The launch of Sarawak’s first homegrown Gallium Nitride (GaN) semiconductor chip via the keteq.GaN and keteq.ai platforms represent more than a technical milestone - it signals a transformation in the state’s economic direction.

Pelajaran dan Latihan

Belanjawan 2026 memperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM127.33 bilion...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img