Sejak dilaksanakan pada tahun 2015, Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) telah membawa perubahan besar kepada kehidupan rakyat, khususnya masyarakat luar bandar di Sarawak.
Daripada jalan raya yang lebih selesa, dataran yang dinaik taraf, hinggalah kemudahan awam yang lebih baik membuktikan bahawa RTP telah menjadi pemangkin pembangunan yang benar-benar dirasai rakyat.
Contohnya, projek menaiktaraf dataran di Rh. Johnson Seduku Panjai, Lingga, Sri Aman kini memberi manfaat besar kepada komuniti tempatan sebagai pusat perhimpunan, aktiviti sosial, dan juga acara keramaian. Inilah bukti usaha berterusan kerajaan untuk memastikan setiap kampung dan rumah panjang tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.



