Wednesday, December 17, 2025
31.1 C
Kuching

Jambatan “Pembangunan” Sarawak

Jambatan bukan sahaja penghubung satu kawasan ke satu kawasan, tetapi membawa “pembangunan” dengan memudahkan pergerakan barangan, dan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, selain melancarkan kegiatan ekonomi.

Sebelum adanya jambatan, perkhidmatan feri digunakan di kebanyakan tempat di Sarawak bagi menghubungkan penempatan yang jauh terpisah oleh sungai yang luas dan bentuk muka bumi yang mencabar antaranya seperti  Sungai Batang Lupar, Sungai Batang Rajang malah contoh paling hampir Sungai Sarawak.

Mengambil contoh bahagian Kuching di awal tahun 1980an, tidak mungkin pembangunan dapat di bawa sekiranya Jambatan Satok ketika itu tidak dibina yang menghubungkan pusat pentadbiran Petra Jaya dan pusat bandar Kuching, sehinggakan kemudiannya lepas banyak akses  Jambatan Tun Salahuddin dan Jambatan Tan Sri Dr Sulaiman Daud.

Dengan adanya jambatan, penduduk tidak lagi terdedah kepada risiko feri rosak, cuaca buruk atau laluan berbahaya kerana laluan darat yang lebih selamat dan boleh diakses sepanjang masa.

Bukan sahaja memendekkan perjalanan kepada 10 minit berbanding dulu mengambil masa satu (1) ke tiga (3) jam masa menunggu feri, tetapi paling penting nyawa pesakit dapat diselamatkan dengan membawa ke hospital dengan segera, murid tidak lagi tercicir dalam pelajaran sebab sudah ada akses ke sekolah dan kerugian petani dapat dielakkan sebab hasil pertanian boleh dipasarkan lebih luas dan cepat.

Pembinaan jambatan di Sarawak mengikut kesesuaian tempat antaranya seperti  jenis konkrit (Jambatan Konkrit Bertetulang)- Reinforced Concrete Bridges yang kuat dan tahan lama, sesuai untuk sungai besar dan laluan trafik berat seperti Jambatan Batang Rajang dan Jambatan Batang Saribas, masih ada kawasan yang di Sarawak yang menggunakan jambatan gantung (suspension bridge)  Jambatan Modular atau Bailey.

Jambatan ini melengkapkan “missing link” jalan pesisir Sarawak ketika itu  siap pada tahun 2006. Namun kini, ia tidak lagi terhad kepada jalan pesisir sebab rangkaian jalan  diperluaskan kepada Jalan Banang.

Untuk membina jambatan ini memerlukan kos pembinaan yang tinggi dan amalan terdahulu kebiasaannya projek jambatan ini akan diumumkan melalui pembentangan Rancangan Malaysia setiap lima (5) tahun sekali.

Namun Sarawak tidak dapat menunggu terlalu lama kerana masih banyak kawasan luar bandar yang terpisah dan kawasan ini perlu dihubungkan dengan segera untuk membangunkan kawasan ini.

Sarawak pernah berhadapan dengan keadaan yang mengecewakan apabila 3 jambatan yang sudah pun diluluskan dalam RMK telah dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan yang telah memaksa Kerajaan Sarawak mengambil alih projek tersebut.

Dengan struktur kewangan Sarawak yang cekap, Sarawak mula merancang untuk membina sebanyak 16 jambatan utama di seluruh negeri sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan pengangkutan darat dan menghapuskan kebergantungan kepada feri.

Antara jambatan telah pun siap dan telah digunakan seperti Jambatan Marudi, Jambatan Pulau Lassa, Jambatan Bintulu Jepak, Jambatan Batang Rajang (Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang) dan Jambatan Batang Saribas 1.

Manakala lima (5) lagi jambatan yang sedang dibina dan siap menjelang akhir tahun 2025 seperti Jambatan Sungai Lingga, Jambatan Batang Kemena (Sebauh), Jambatan Batang Igan, Jambatan Sungai Limbang dan Jambatan Batang Lupar 1.

Enam (6) lagi Jambatan yang dijadual siap pada tahun 2026 ialah Jambatan Batang Paloh, Jambatan Batang Lupar 2, Jambatan Sejingkat, Jambatan Batang Krian, Jambatan Batang Saribas 2 dan Jambatan Batang Rambungan.

Jambatan itu nanti pastinya bakal merancakkan sektor ekonomi dan membuka peluang kepada pelaburan, pelancongan dan pembangunan perusahaan desa.

Banyak kawasan luar bandar seperti kawasan Beladin, Pusa dan Pulau Bruit dijangka mengalami lonjakan ekonomi selepas jambatan siap. Kawasan tersebut agak terkebelakang sebelum ini  disebabkan tiada akses dan menyukarkan perancangan untuk pembangunan dan menyebabkan ramai rakyat  berhijrah ke luar kawasan dan ini pastinya membantutkan pembangunan di kawasan tersebut.

Namun Kerajaan Sarawak menyedari permasalahan ini dan dengan langkah berani ke hadapan menunjukkan komitmennya untuk membina infrastruktur secara menyeluruh dengan membina 16 jambatan  dengan kos RM5.9 bilion.

Menariknya, jambatan ini bukan sahaja di bina di laluan utama (Pan Borneo) menghubungkan bandar bandar utama seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, tetapi berada di laluan pesisir seperti Rambungan (Lundu), Samarahan, Sebuyau, Lingga, Sri Aman, Pusa, Sarikei, Serdeng, Daro, Igan. Malah ada jambatan yang menghubungkan sehingga ke  kawasan pedalaman seperti di Marudi.

Kawasan seperti Marudi dan Pulau Bruit menjadi lebih mudah diakses, membuka potensi pelancongan ekologi dan budaya serta memberi peluang kepada komuniti tempatan untuk menjana pendapatan melalui homestay, kraftangan, dan perkhidmatan pelancongan.

Sudah pasti, ini lah masa yang sesuai untuk kerajaan menghidupkan dan merancakkan semula rancangan pembangunan seperti Pusat Pertumbuhan Desa (RGC) seperti di RGC Beladin ataupun di RGC Semop yang dahulu agak perlahan sebab ketiadaan akses kerana kawasan ini akan dihubungkan tidak lama lagi.

Jambatan ini turut menyokong perancangan dan merancakkan pembangunan di kawasan yang akan dibangunkan untuk sektor pertanian seperti Agropark Beladin, Agropark Sungai Baji, Agropark di Igan dan Agroapark di Bebuling Spaoh.

Bagi kawasan yang dahulunya sukar dihubungi dan terlalu jauh, pembinaan jambatan dilihat suatu pendekatan yang terbaik.

Jambatan ini menghubung seterusnya merancakkan pembangunan di kawasan tersebut seperti Jambatan Bintulu Jepak memendekkan perjalanan dari Lapangan Terbang Bintulu ke bandar Bintulu atau dari kawasan penempatan di Jepak daripada 22 kilometer (km) melalui Jalan Bintulu-Sibu sedia ada kepada 6.4km di laluan jalan pesisir kawasan Jepak.

Begitu juga dengan Jambatan Batang Rajang (Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang) yang terletak di Sungai Pasi mempercepatkan akses antara Sarikei dan Tanjung Manis, mengurangkan masa perjalanan daripada 2.5 jam kepada kira-kira 45 minit

Jambatan bukan sekadar projek infrastruktur fizikal yang menghubungkan satu kawasan ke kawasan lain tetapi ia lebih daripada itu sebab ia sebenarnya membawa akses kepada infrastruktur asas seperti saluran paip, kabel elektrik malah gentian optik.

Ia turut menjimatkan kos logistik dan operasi kerana tanpa adanya jambatan, penghantaran bahan binaan, paip, dan peralatan utiliti ke kawasan terpencil memerlukan feri atau bot, yang mahal dan berisiko.

Malah dengan adanya jambatan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemulihan bekalan air serta elektrik dapat dilaksanakan dengan lebih pantas, effisien dan kos efektif.

Bukan itu sahaja, ia menjadi penyelesaian bekalan air terawat kepada permasalahan sebelum ini seperti Pulau Bruit, Pusa, dan Beladin kini boleh disambungkan melalui sistem paip yang merentasi jambatan seperti Jambatan Muara Lassa dan Batang Saribas.

Ini pastinya menyokong matlamat Sarawak untuk menyediakan bekalan air bersih kepada isi rumah menjelang 2030 di samping membolehkan pembangunan lebih seimbang antara bandar dan pedalaman.

Jambatan baharu turut memperkukuh ekosistem pelaburan dengan menyediakan akses kepada kawasan yang sebelum ini terpencil terutama di kawasan yang berpotensi besar untuk sektor pertanian seperti di Samarahan dan Sarikei.

Infrastruktur jambatan membolehkan petani dan usahawan luar bandar mengakses pasaran, pusat pengumpulan, dan kemudahan pembungkusan dengan lebih mudah.

Ini meningkatkan produktiviti dan pendapatan isi rumah, serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi desa. Sebagai contoh hasil pertanian di Miri dapat menjangkaui pasaran lebih luas sehingga ke Kuching dan Sibu dalam masa yang singkat.

Hot this week

Pertanian Priva

Inovasi pertanian kini semakin memudahkan pengendalian dan pengurusan tanaman...

Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030

Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 menyaksikan komitmen Sarawak untuk...

Belanjawan 2026

Belanjawan 2026 memperkenalkan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak masak...

Sistem Teknologi Solar NEM

Pemasangan sistem  teknologi solar di bumbung rumah atau bangunan...

Berani Berinovasi Rahsia Kejayaan

Inovasi dalam penghasilan produk makanan bukan sahaja menawarkan lebih pilihan unik kepada pembeli tetapi menyesuaikan produk berdasarkan citarasa setempat seperti penghasilan serbuk belacan pencecah buah dan produk kerepek Sukun. Inilah kekuatan yang terdapat pada produk Pelangi Dy Resources yang mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Topics

Pertanian Priva

Inovasi pertanian kini semakin memudahkan pengendalian dan pengurusan tanaman...

Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030

Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 menyaksikan komitmen Sarawak untuk...

Belanjawan 2026

Belanjawan 2026 memperkenalkan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak masak...

Sistem Teknologi Solar NEM

Pemasangan sistem  teknologi solar di bumbung rumah atau bangunan...

Berani Berinovasi Rahsia Kejayaan

Inovasi dalam penghasilan produk makanan bukan sahaja menawarkan lebih pilihan unik kepada pembeli tetapi menyesuaikan produk berdasarkan citarasa setempat seperti penghasilan serbuk belacan pencecah buah dan produk kerepek Sukun. Inilah kekuatan yang terdapat pada produk Pelangi Dy Resources yang mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Infrastruktur Pendidikan Memacu Kemahiran Masa Depan

CENTEXS Mukah Infrastruktur Pendidikan Memacu Kemahiran Masa Depan CENTEXS Mukah...

Turning Sarawak’s GaN Milestone Into A Thriving Industry

The launch of Sarawak’s first homegrown Gallium Nitride (GaN) semiconductor chip via the keteq.GaN and keteq.ai platforms represent more than a technical milestone - it signals a transformation in the state’s economic direction.

Pelajaran dan Latihan

Belanjawan 2026 memperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM127.33 bilion...
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img