Teknologi drone kini begitu meluas digunakan dalam sektor pertanian dan semakin mendapat tempat di Sarawak. Ia ternyata memudahkan bukan sahaja pemantauan, penyukatan dan pemetaan kawasan tetapi turut digunakan untuk pengenalpastian penyakit serta proses pembajaan selain memudahkan penyelenggaraan kawasan pertanian yang agak luas.



