Belanjawan 2026 memperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM127.33 bilion untuk Sektor Sosial dengan subsektor Pelajaran dan Latihan mendapat peruntukan tertinggi, iaitu sebanyak RM74.37 bilion berbanding tujuh subsektor yang lain.
Hal ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memberi penekanan kepada kepentingan akses sejagat untuk pendidikan berkualiti dengan tumpuan ditingkatkan pada pemerkasaan pendidikan bakat untuk persiapan masa hadapan negara.



