Penyelidikan dan inovasi telah memungkinkan produk makanan dahulunya sukar untuk disediakan, kini begitu mudah dan cepat.
Seperti produk linut di bawah jenama LarisS, penyediaan dengan hanya tiga (3) bahan utama dalam bentuk paket iaitu Serbuk Tepung Sagu (yang telah diproses menjadi ringan), Serbuk Air (yang diubahsuai mempercepatkan proses larutan) dan Sambal (menggunakan ikan bilis sebagai ganti belacan).
Proses penghasilannya begitu mudah iaitu mengaul rata serbuk tepung dan serbuk air terlebih dahulu dan mencampur air (sila pastikan mendidih) di masukkan dan digaul serentak sedikit demi sedikit sehingga terhasilnya linut. Kemudian boleh lah di tambah sambal.



