Inovasi pada produk pertanian, menyaksikan produk tersebut bukan hanya sekadar makanan sahaja, sebagai contoh serat nanas boleh dijadikan produk tekstil seperti sulaman baju, beg dan cenderahati. Ini dapat dilihat ketika Sarawak Agrofest baru-baru ini dengan usahawan Benang Serat Nanas, Puan Muna Abdul Kadir yang mengusahakan perniagaan benang yang diperbuat daripada serat nanas. Serat Nanas boleh menjadi alternatif kepada daun mengkuang yang telah digunakan sekian lama



